Tuesday 27 August 2013

KeranaMu Ya Rabb Hati ini Bertaut

Assalamua'laikum...
 Setelah sekian lama aku menyepi dari melakarkan kata-kata diruangan ini..
Kini aku kembali menyerikan hamparan hambar...
Bukan sengaja ingin menyepikan diri,tetapi aku menghilang mencari erti sebuah ujian yang kian melanda..namun kini aku bahagia..melalui rentetan ujian ini..aku memperoleh seribu makna tanpa kata..
Ujian mula mengajar aku erti sabar..tabah..cekal..

   "Ujian itu hadir bagai sebuah ombak deras...
menghempas naluri yang halus ini...
aku jatuh tersungkur tanpa bicara...
hanya titisan air jernih itu saja yang memberikan kata...
aku menjadi seorang yang amat pendiam dan menyendiri..
ku asingkan diri ini ke dalam bilik gelap..
segelapnya jiwa aku tika itu...
  Dengan langkah yang perlahan aku mula bangkit...
mencari hikmah disebalik semua ini...
merangkak sendiri..tanpa siapa peduli...
 Di saat itu jua takdir Allah menetapkan aku mengenali dia...
sebagai teman,kakak&juga kawan..Dialah Binta Jauza
segala rasa yangku simpan akhirnya terluah disitu..
   'kak..ifa xkuat kak...ifa susah nak hadapi sume ni...'
Lalu hati ini dia pujuk dengan kata2 yang amat berisi..
dia berkongsi peritnya lagi apa yang dihadapi...
ternyata ape yang ku alami hanyalah setitis dugaan..
lagi perit yang ditanggungnya...
kak...terima kasih..sudi jadikan diri ini menjadi teman..terima kasih sebab berjaya memujuk jiwa yang hancur ini...hati yang hambar kian menyinar...
Ya Rabbi..kini dihadapanMU aku kembali bersimpuh..
mendambakan kasih sejatiMu..

#Sayang Kamu Kerana Allah